Georgetown: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan bagi mengesan seorang doktor berusia 74 tahun yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti luncur angin di perairan Tanjung Bungah, di sini, malam ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis, berkata Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 7.42 malam.

Beliau berkata, seramai lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, pasukan terus melancarkan operasi pencarian di permukaan air di perairan Tanjung Bungah," katanya dalam kenyataan malam ini.