Kuala Selangor: Masalah banjir termenung yang masih membelenggu penduduk Kampung Bukit Hijau dan Kampung Parit Mahang, Jeram, di sini dijangka dapat diatasi menerusi pemasangan dua unit pam air tambahan.
Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, langkah itu diambil susulan keadaan air banjir yang belum surut sepenuhnya selepas bencana berkenaan, baru-baru ini.
Pada masa sama, beliau berkata, pihaknya meninjau keadaan semasa serta kesukaran dihadapi penduduk yang terjejas.
"Hasil tinjauan mendapati beberapa kawasan masih digenangi air, sekali gus menjejaskan keselesaan dan urusan harian penduduk setempat.






