KUALA SELANGOR: Kelewatan penyelenggaraan sistem saliran dipercayai antara punca banjir termenung di Kampung Bukit Hijau dan Kampung Bukit Kuching Tengah, Jeram, sejak seminggu lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Datuk Harrison Hassan, berkata masalah itu menyebabkan hampir 1,000 penduduk terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

"Banjir kali ini tidak seteruk tahun sebelumnya, namun air lambat surut. Penduduk marah dan kecewa kerana masalah ini masih gagal diatasi.

"Sekurang-kurangnya terdapat lebih 200 parit di dua kampung ini yang perlu diberikan perhatian, khususnya oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Malangnya, parit berkenaan tersumbat kerana tidak dikorek lebih awal," katanya ketika ditemui, hari ini.