Madrid: Pengendali Sepanyol, Luis de la Fuente, menyifatkan pertemuan menentang England sebagai pertembungan antara "dua kuasa besar bola sepak dunia".
Stadium Metropolitano, gelanggang kelab gergasi LaLiga, Atletico Madrid, akan menjadi venue aksi penentuan Liga Negara-Negara awal pagi nanti bagi merebut kedudukan teratas Kumpulan A3.
Selepas Sepanyol menewaskan England dalam pertemuan pertama di Stadium Wembley pada September lalu, mereka hanya memerlukan keputusan seri untuk layak ke suku akhir sebagai juara kumpulan.
Bagaimanapun, dengan kelebihan perbezaan jaringan dan mengambil kira peraturan pemisah seri UEFA, kemenangan di Madrid akan membolehkan England memintas kedudukan juara dunia dan Eropah itu.









