PRAGUE: Pengendali Sepanyol, Luis de la Fuente optimis pemain sayap Barcelona, Lamine Yamal akan cergas untuk berdepan England dalam saingan Liga Negara-Negara, awal pagi Isnin ini.
Pemain berusia 19 tahun itu akan terlepas aksi menentang Republik Czech di Prague, awal pagi esok, akibat masalah lutut dan dijangka menyertai kem latihan Sepanyol selepas perlawanan berkenaan.
Yamal beraksi bersama Barcelona ketika menewaskan Atletico Madrid 2-1 dalam saingan La Liga, Isnin lalu. Bagaimanapun, Sepanyol kemudian mengesahkan bahawa pemain itu tidak akan menyertai perjalanan pasukan ke Republik Czech.
"Dia mengalami kecederaan pada perlawanan terakhir, berasa tidak selesa pada salah satu lututnya. Dia menjalani rawatan seperti biasa dan pemeriksaan imbasan di Barcelona mendapati terdapat keradangan serta pengumpulan cecair dalam lututnya - keadaan itu menyebabkan dia perlu berehat.








