Kangar: Empat pesalah tragedi kem penyeludupan migran dan kubur besar Wang Kelian pada 2015 antara enam lelaki warga Thailand yang dihantar pulang selepas selesai menjalani hukuman penjara.
Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perlis, Mohammad A'sim Md Ali berkata, proses pemindahan kesemua individu terbabit dilaksanakan melalui Pos Imigresen Wang Kelian menerusi penyelarasan bersama pihak berkuasa Thailand.
Katanya, empat lelaki berusia antara 31 hingga 61 tahun itu sebelum ini diekstradisi dari Thailand ke Malaysia pada Jun 2023 bagi menghadapi proses perundangan berhubung tragedi berkenaan.
"Pada 7 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Kangar menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap keempat-empat lelaki itu selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 26H Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 (Akta 670) berkaitan kesalahan melindungi migran yang diseludup.









