Berlin: Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino wajar digantikan kerana beliau menjadikan badan induk bola sepak dunia itu lebih teruk berbanding ketika diterajui bekas presidennya yang tercemar dengan skandal, Sepp Blatter, kata jurulatih Jerman, Juergen Klopp.
Klopp berkata keadaan di FIFA berpotensi lebih buruk berbanding era Blatter yang meletakkan jawatan susulan skandal rasuah sebelum berdepan pertuduhan jenayah.
"Pandangan semua pihak adalah sebulat suara bahawa perubahan adalah sesuatu yang wajar dilakukan. Saya tidak menyangka keadaan boleh menjadi lebih buruk selepas Sepp Blatter, tetapi ada seseorang yang berjaya melakukannya," kata Klopp pada sidang media.








