MENCIPTA sejarah sebagai pelakon wanita Melayu dan Malaysia pertama yang dicalonkan pada Festival Filem Golden Horse ke-63 di Taiwan bukanlah sekadar pencapaian peribadi buat Mhia Firdaus, sebaliknya ia hadir bersama tanggungjawab besar untuk membawa nama negara di pentas antarabangsa.
Pencalonan berprestij itu juga menjadi pengiktirafan global keduanya selepas filem Roh.
Namun, di sebalik sorotan gemilang itu, anak kepada pelakon Farah Ahmad dan Allahyarham Pitt Hanif ini tetap berpijak di bumi nyata serta berpegang teguh pada prinsip asal pembabitannya dalam dunia seni.
"Apabila diberikan gelaran sebagai pelakon wanita Malaysia pertama yang dicalonkan pada Golden Horse Awards ke-63, ia tanggungjawab yang amat besar mengenai bagaimana saya mahu mewakili negara dan identiti sebagai orang Melayu.








