EMPAT dekad membina karier seni dan masih aktif hingga kini, pelakon veteran Datuk Seri Raja Rezza Shah atau lebih dikenali Shah Rezza, 65, tetap sedia bekerja di set penggambaran seperti dulu.

Bagi Shah Reza yang mula berlakon pada 1982, suasana bekerja di lokasi diakuinya sangat meriah, gembira dan memberi peluang berjumpa dengan ramai orang, termasuk pelbagai ragam umpama, satu keluarga besar.

"Suasana bekerja di set shooting dari dulu sampai sekarang, pada saya sebenarnya tidak banyak beza. Tetapi, saya okay sahaja sebab memang suka suasana kerja di set lokasi yang sebegitu.

"Apatah lagi, minat saya terhadap lakonan tidak pernah pudar walaupun jadual saya sibuk dengan urusan aktiviti lain dan perniagaan. Tetapi, saya pastikan dalam setahun, sekurang-kurangnya mesti ada satu projek lakonan.