Kuala Lumpur: Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) menolak politik identiti yang dibawa UMNO dan PAS serta pendekatan Pakatan Harapan (PH) ketika ini yang didakwa secara tidak langsung menjadi pencetus kepada pengukuhan politik identiti kedua-dua parti berkenaan.
Pengasas BERSAMA, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, politik identiti di Malaysia ketika ini semakin 'membara' apabila pengundi Melayu bersatu di bawah payung UMNO dan PAS, manakala pengundi bukan Melayu pula bergabung di bawah DAP.
"UMNO dan PAS memerlukan DAP untuk menakutkan pengundi Melayu manakala DAP memerlukan UMNO dan PAS untuk menjadi pembela kepada pengundi bukan Melayu," katanya menerusi perkongsian video di media sosial malam tadi.








