BAGAN SERAI: "Masa kejadian, saya berada dalam bilik air dan terdengar bunyi dentuman kuat di belakang rumah," kata warga emas, Habshah Chek Doh mengenai kejadian tanah runtuh merosakkan hampir keseluruhan kediamannya berhampiran Empangan Bukit Merah.
Habshah, 76, berkata selepas bunyi itu baru beliau menyedari anak dan cucunya sedang memanggil dan mencarinya.
"Ketika itu saya langsung tak menyedari apa-apa yang buruk berlaku.
"Selepas memberitahu mereka saya dalam bilik air, mereka terus memapah saya keluar dari rumah pergi ke gerai di hadapan sambil memaklumkan kejadian tanah runtuh.









