JOHOR muncul pasukan paling cemerlang pada Kejohanan Ragbi 7 Sebelah Kebangsaan 2026 (National 7s 2026) selepas merangkul tiga daripada empat gelaran juara yang dipertandingkan sepanjang kejohanan yang berlangsung selama tiga hari bermula 13 hingga 15 November 2026 di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail dan Padang Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus, TerengganuJohor mengungguli kategori Lelaki Terbuka, Lelaki Bawah 20 Tahun dan Wanita Bawah 20 Tahun, manakala Terengganu melengkapkan senarai juara menerusi kategori Wanita Terbuka.Dalam aksi final kategori Piala (Cup), Johor menewaskan Selangor 10-5 dalam kategori Lelaki Terbuka.Skuad itu meneruskan kecemerlangan apabila sekali lagi menundukkan Selangor 12-7 dalam kategori Lelaki Bawah 20 Tahun.Bagi kategori Wanita Bawah 20 Tahun pula, Johor mencatat kemenangan bergaya 31-5 ke atas Selangor untuk melengkapkan penguasaan mereka dalam kejohanan tersebut.Dalam pada itu, tuan rumah Terengganu berjaya merangkul kejuaraan kategori Wanita Terbuka selepas menewaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 19-0 pada perlawanan akhir.Sementara itu, Ketua Jurulatih Johor Lelaki Terbuka, Mohd Saizul Hafifi Md Noor menyifatkan kejayaan merangkul gelaran juara National 7s 2026 sebagai detik yang amat bermakna selepas pasukannya gagal merealisasikan impian tersebut pada edisi lalu.Menurutnya, kejayaan itu lebih istimewa kerana skuad Johor dibarisi gabungan pemain Sukma 2024, Sukma 2026 serta beberapa pemain senior yang masih aktif mewakili negeri berkenaan."Kami tahu cabaran yang menanti bukan mudah, terutama selepas Selangor menunjukkan prestasi memberangsangkan pada peringkat kumpulan. Namun, pemain turun dengan fokus penuh, beraksi secara tenang dan berdisiplin sehingga berjaya melaksanakan perancangan yang dirangka."Alhamdulillah, segala usaha membuahkan hasil dan kami berjaya kembali ke final sebelum menamatkan saingan sebagai juara," katanya.Majlis penyampaian hadiah kepada johan dan naib johan telah disempurnakan oleh Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin sekali gus menyempurnakan kemuncak kejohanan yang menghimpunkan pasukan ragbi dari seluruh negara.Senarai Penerima Anugerah Pemain Terbaik:Lelaki Terbuka: Ahmad Danny Anuar Ahmad Nazri (Johor) Wanita Terbuka: Nur Alyia Nabila Samsubahari (Terengganu)Lelaki Bawah 20 Tahun: Muhammad Murtadha Hadi Khairiel Hafiz (Johor) Wanita Bawah 20 Tahun: Nur Irma Damia Mohd Nizam (Johor)
National 7s 2026: Johor bolot tiga gelaran juara

Key takeaways
Johor memenangi tiga kategori dalam National 7s 2026, manakala Terengganu memenangi kategori Wanita Terbuka.
- Johor menewaskan Selangor dalam kategori Lelaki Terbuka dan Lelaki Bawah 20 Tahun.
- Johor memenangi kategori Wanita Bawah 20 Tahun dengan kemenangan 31-5.
- Terengganu memenangi kategori Wanita Terbuka dengan menewaskan PDRM 19-0.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
3 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Paul Tan's Automotive News Proton and Perodua in 2026 – national makes take 62.6% of the market, the most since 2003
- Sinar Harian National 7s 2026: Johor bolot tiga gelaran juara (this story)







