ISTANBUL: Pakatan diketuai Arab Saudi pada Ahad memaklumkan pihaknya memintas dan memusnahkan dua dron yang dilancarkan kumpulan Houthi di ruang udara wilayah Makkah, barat Arab Saudi.
Jurucakap pakatan itu, Turki al-Maliki mengumumkan tindakan pemintasan berkenaan menerusi satu kenyataan di platform X, tanpa memberikan butiran mengenai kemungkinan kecederaan atau kerosakan.
Terdahulu, pakatan itu memaklumkan bahawa pihaknya memintas dan memusnahkan dua peluru berpandu balistik yang dilancarkan kumpulan Houthi ke arah Riyadh serta dua dron di ruang udara Wilayah Timur Arab Saudi.
Menurut laporan Anadolu Ajansi, bagaimanapun, pakatan itu tidak mengenal pasti pihak yang melancarkan dron yang dipintas di wilayah berkenaan.








