MADRID: Pada usia 19 tahun, Pau Cubarsi sudah mengukuhkan kedudukannya sebagai antara pemain pertahanan muda terbaik di Eropah ketika ini.
Bintang Barcelona itu baru-baru ini memenangi anugerah berprestij 'Golden Boy' oleh Tuttosport, sekali gus meneruskan dominasi kelab berkenaan dalam anugerah itu sejak kebelakangan ini.
Ketika ini bersama skuad kebangsaan Sepanyol, Cubarsi meluangkan masa bersama The Athletic untuk berkongsi detik penting dalam kariernya, termasuk kejayaan menjuarai Piala Dunia pada musim panas lalu.
Kejayaan Sepanyol itu tidak mungkin dicapai tanpa terjahan penting Cubarsi pada minit ke-120 terhadap Marcos Senesi, yang menghalang Argentina daripada memaksa perlawanan ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti.








