Menurut seorang penganalisis, Bersama tidak mempunyai pengaruh untuk menarik pengundi Pakatan Harapan meskipun parti itu secara umumnya berhaluan liberal.MELAKA: Bersama perlu memikirkan semula pendekatannya terhadap politik identiti jika mahu mengelak daripada menjadi tidak relevan dalam arena politik, kata seorang penganalisis susulan kekalahan besar kedua parti itu dalam pilihan raya tahun ini pada PRN Melaka semalam.
Ahmad Fauzi Abdul Hamid.Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia berkata, ideologi politik Bersama tidak seiring dengan politik berteraskan identiti di negara ini, yang telah membentuk tingkah laku pengundi sejak Malaysia mencapai kemerdekaan.
“Identiti komunal masih mendominasi peti undi. Politik identiti merupakan sesuatu yang berterusan dan tidak akan hilang melainkan kita mencapai konsensus nasional baharu yang menuntut aturan perlembagaan baharu.







