Abang Johari Openg berkata Sarawak lebih berminat membangunkan keupayaan satelit sendiri berbanding melaksanakan projek pelancaran roket. (Gambar UKAS)PETALING JAYA: Premier Sarawak Abang Johari Openg menyindir DAP susulan kritikan parti itu terhadap projek infrastruktur kerajaan negeri, dengan menyifatkan lambang roketnya sebagai roket yang tidak pernah berlepas.
Sindiran itu dibuat ketika beliau mengulas hasrat Sarawak melancarkan satelit sendiri.
Abang Johari berkata, kerajaan negeri pernah didekati duta Arab Saudi dan Rusia bagi membincangkan potensi kerjasama pelancaran roket berikutan kedudukan Sarawak berhampiran garisan Khatulistiwa.
“Kami sebenarnya tidak begitu berminat dengan roket. Di sini pun sudah ada roket, tetapi sekadar gambar. Ia memecahbelahkan rakyat.







