Seremban: Jurutera warga China yang sebelum ini tular selepas meninggalkan anaknya berhampiran Plaza Tol Nilai mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan mendedahkan kanak-kanak berusia 12 tahun itu kepada risiko kecederaan fizikal.
Jiao Bo, 45, membuat pengakuan terbabit selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Datin M Kunasundary.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati mendedahkan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal pada jam 1.21 tengah hari di susur keluar Plaza Tol Nilai.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.






