SEPANG: Pemandu e-hailing didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik melampau terhadap Perdana Menteri menerusi aplikasi TikTok, tahun lalu.
Syed Rosli Syed Harman, 50, selaku Orang Kena Saman (OKS), mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Raja Shahril Anuar Raja Baniamin.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa menggunakan akaun TikTok 'syedroslijamalullail' secara sedar untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi iaitu hantaran jelik melampau sifatnya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan niat untuk menyakitkan hati mana-mana orang.
Kesalahan itu didakwa dilakukan jam 10.50 pagi, 18 Mac 2025 yang kemudian dilihat jam 8.30 malam pada hari sama di Menara 1, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Cyberjaya.









