KUALA LUMPUR: Pemain badminton wanita negara, Go Pei Kee menjadikan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Tan Wee Kiong sebagai inspirasi untuk meneruskan kariernya dan kembali bersama pasukan negara.

Menurut Pei Kee, jika ada pemain yang masih mampu beraksi ketika berusia lebih 30 tahun, mengapa dirinya harus mengalah terlalu awal.

Justeru, dia membuat keputusan untuk kembali beraksi selepas mengumumkan pengundurannya daripada kem Persatuan Badminton Malaysia (BAM) awal tahun lalu.

Katanya, ketika ini dia hanya memberikan fokus kepada usaha meningkatkan prestasi agar dapat beraksi dengan lebih baik tanpa memberikan tekanan kepada diri sendiri seperti sebelum ini.