KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) digesa mendedahkan struktur pemilikan benefisial terkini Achi Jaya Plantations Sdn Bhd (Achi Jaya) yang dipilih mengambil alih kepentingan dalam Boustead Plantations Bhd (BPlant), bagi memastikan ketelusan serta mengelakkan sebarang konflik kepentingan.

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari, berkata pengambilalihan yang membabitkan transaksi dianggarkan hampir RM4 bilion itu menimbulkan beberapa persoalan yang memerlukan penjelasan segera daripada LTAT.

Beliau mempersoalkan asas penilaian yang menyebabkan Achi Jaya diberikan keutamaan meskipun operasi perladangannya jauh lebih kecil berbanding dua pesaing, SD Guthrie Bhd (SD Guthrie) dan Tradewinds Plantation Bhd (Tradewinds Plantation).