Ulan Bator: Presiden Mongolia Ukhnaa Khurelsukh pada Selasa mengumumkan hasrat untuk meletakkan jawatan dalam usaha memulihkan reputasinya susulan dakwaan salah guna kuasa dan rasuah, lapor Xinhua.
Bercakap pada sidang media, Khurelsukh berkata, terdapat usaha sejak kebelakangan ini untuk mencemarkan reputasi kepresidenan Mongolia.
"Dengan ini, saya secara rasmi mengisytiharkan bahawa saya akan merujuk pihak yang bertanggungjawab mencemarkan reputasi saya kepada pihak berkuasa berkaitan dan berusaha membersihkan nama saya," katanya.
Menurut Undang-Undang Kepresidenan Mongolia, keputusan muktamad sama ada untuk menerima peletakan jawatannya terletak pada State Great Khural, iaitu Parlimen Mongolia yang mempunyai satu dewan dan dianggotai 126 ahli.









