Gibran Rakabuming Raka berada di bawah tekanan susulan keputusan mahkamah bulan lalu mendapati dokumen pendidikannya tidak memenuhi syarat pilihan raya. (Gambar EPA Images)JAKARTA: Naib Presiden Indonesia Gibran Rakabuming Raka telah meletakkan jawatan, kata seorang pembantunya, di mana langkah yang berisiko mencetuskan pergolakan politik berterusan di negara ekonomi terbesar Asia Tenggara itu.

Gibran, anak lelaki bekas Presiden Joko Widodo berusia 39 tahun, berada di bawah tekanan berikutan keputusan Mahkamah Perlembagaan dan Mahkamah Agung bulan lalu mendapati dokumen pendidikannya tidak memenuhi syarat pilihan raya.

Pembantu berkenaan, Budi Arie Setiadi, memberitahu Reuters bahawa Gibran sudah mengemukakan surat peletakan jawatannya kepada Presiden Prabowo Subianto, awal Rabu.