Bekas menteri besar Selangor, Khir Toyo, gesa laporan polis terhadap bekas menteri pengangkutan, Loke Siew Fook.MELAKA: Bekas menteri besar Selangor, Khir Toyo, menggesa laporan polis dibuat terhadap bekas menteri pengangkutan, Loke Siew Fook, berkaitan peletakan jawatan beliau susulan perintah mahkamah yang membenarkan Najib Razak menjalani baki hukuman penjara bawah tahanan di rumah.
Beliau juga menggesa Ketua Whip Perikatan Nasional, Takiyuddin Hassan, supaya merujuk Loke ke suatu jawatankuasa Parlimen juga berkaitan perkara sama.
Khir mendakwa tindakan Loke suatu penentangan terhadap Perlembagaan berhubung kuasa pengampunan, dan berkata 'budaya' itu tidak boleh dibenarkan.
"Kalau ini kita biarkan, anak-anak muda akan datang akan lebih berlaku kurang ajar kepada Perlembagaan," katanya ketika berucap di ceramah bersama pemimpin Perikatan Nasional dan Barisan Nasional di Kesang Tua, sempena PRN Melaka, malam tadi.





