Kuala Pilah : Kejayaan mengungguli senarai pencalonan menerusi 12 kategori pada Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-35 membuktikan naskhah seram arahan Shamyl Othman, Khadam, bukan sekadar karya hiburan biasa, sebaliknya sebuah produksi yang sarat dengan ketelitian seni.

Bagi Shamyl, pengiktirafan besar itu sudah cukup memadai sebagai tanda penghargaan buat seluruh pasukan produksi dan barisan pelakon yang bertungkus-lumus merealisasikan filem berkenaan tanpa perlu meletakkan tekanan atau harapan terlalu tinggi untuk membolot trofi.

"Saya terharu dan berbangga dengan seluruh pasukan serta pelakon yang bertungkus-lumus menghasilkan filem ini. Akhirnya, usaha mereka mendapat pengiktirafan sebegini.