Cyberjaya: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menetapkan TM Technology Services Sdn Bhd (TM) sebagai pemberi perkhidmatan sejagat untuk mereka bentuk, laksana dan kendalikan sistem Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM). Dalam satu kenyataan, MCMC berkata perbelanjaan modal projek bernilai RM2.7 bilion akan dibiayai melalui Dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP).
Katanya, sistem SALAM akan meningkatkan kapasiti sambungan komunikasi antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, sekali gus menyokong penyediaan perkhidmatan digital yang lebih andal kepada komuniti, perniagaan dan kerajaan.
"Sistem ini juga akan menyediakan laluan alternatif bagi trafik data, sekali gus mengurangkan risiko gangguan perkhidmatan sekiranya kabel dasar laut sedia ada mengalami gangguan atau kerosakan.










