Tapah: Seorang anggota polis maut, manakala sekurang-kurangnya empat lagi cedera selepas van polis dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 351.7 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Abdul Malik Hasim mengesahkan kejadian itu ketika dihubungi, hari ini.

"Mayat dan mangsa yang cedera dalam kemalangan itu dibawa ke Hospital Tapah," katanya.

Kemalangan dipercayai berlaku kira-kira jam 11.30 pagi. Maklumat awal menunjukkan seorang anggota maut, manakala sekurang-kurangnya empat anggota polis cedera dalam kejadian itu.