Yueqing, China: Laluan mendaki gunung yang mempunyai 430 anak tangga di timur China dibina sendiri lima beradik demi memudahkan ibu mereka berusia 86 tahun pulang ke rumah, tular di media sosial sehingga menyentuh hati jutaan orang.
Laluan dengan 11 selekoh itu berliku mendaki gunung di Kampung Yannan, di sini dalam wilayah Zhejiang dan digelar pengguna internet China sebagai 'tangga langit bakti anak' menurut laporan Chao News.
Anak perempuan bongsu warga emas berkenaan, Huang Zhulian, 58, berkata, dia bersama empat adik-beradiknya dilahirkan dan dibesarkan di rumah keluarga mereka di puncak gunung itu sebelum membawa ibu mereka tinggal bersama di bandar berbeza selepas kematian bapa mereka beberapa dekad lalu.










