SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) sekali lagi menggesa Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan, meletakkan jawatan susulan tindakan beliau menyampaikan pantun berunsur sindiran ketika persidangan Dewan Rakyat pada Isnin.Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer berkata, tindakan itu menunjukkan sikap tidak menghormati Perdana Menteri.Menurut beliau, manifesto berkaitan pemansuhan tol telah dikemukakan oleh Perdana Menteri semasa Pilihan Raya Umum (PRU) terdahulu."Pantun itu secara langsung dan tidak langsung, sama ada secara tersurat mahupun tersirat, merupakan satu sindiran terhadap ahli-ahli Parlimen PH."Beliau lupa bahawa Perdana Menteri yang ada pada hari ini diangkat dengan sokongan pimpinan PH."Jadi, saya rasa jika masih ada sedikit rasa malu dan maruah, beliau perlu meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri," katanya ketika ditemui di bangunan Parlimen.Rayer mengulangi gesaan tersebut selepas Ahmad menegaskan bahawa beliau tidak akan meletakkan jawatan susulan kontroversi pantun berkenaan.Ahmad berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang mencalonkannya untuk jawatan tersebut, manakala Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, juga tidak pernah memintanya berundur.Sebelum ini, kekecohan tercetus ketika Ahmad menggulung perbahasan Belanjawan 2027 di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kerja Raya di Dewan Rakyat.Ahli Parlimen Pontian itu berkata, pemansuhan tol merupakan janji PH, manakala BN tidak pernah membuat janji sedemikian.Beliau kemudiannya membacakan pantun yang menyeru orang ramai menyokong BN dan Perikatan Nasional (PN) jika tidak mahu "kena kencing", iaitu ungkapan yang membawa maksud ditipu.Dalam pada itu, Rayer mendakwa tindakan tersebut menunjukkan Ahmad semakin bongkak dan takbur susulan kemenangan BN dalam beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN), termasuk di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka."Seperti dalam permainan bola sepak, beliau membawa bola dan menjaringkan gol ke gawang sendiri. Ia amat memalukan."Ini merupakan sikap dan tindakan yang boleh saya katakan sebagai mengkhianati kerajaan sendiri," katanya.
'Kalau ada rasa malu letak jawatan' - Rayer sekali lagi gesa Ahmad Maslan

Key takeaways
Ahli Parlimen Rayer menggesa Timbalan Menteri Kerja Raya, Ahmad Maslan, meletak jawatan selepas beliau menyampaikan pantun sindiran di Dewan Rakyat, menuduh tidak menghormati Perdana Menteri.
- Rayer menilai pantun tersebut sindiran kepada Parlimen PH.
- Rayer menuntut jawatan kerana tidak menghormati Perdana Menteri.
- Ahmad Maslan menolak meletak jawatan dan menegaskan tidak ada tuntutan rasmi.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- ROSKHOIRAH YAHYA
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Kalau berprinsip, semua menteri DAP kena letak jawatan – Tok Mat
- Malaysiakini (BM) Ahli parlimen PH cabar Ahmad Maslan letak jawatan menteri
- Malaysiakini (BM) Ismail Lasim letak jawatan MB Negeri Sembilan
- Sinar Harian 'Kalau ada rasa malu letak jawatan' - Rayer sekali lagi gesa Ahmad Maslan (this story)









