SHAH ALAM – Kes saman fitnah difailkan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berhubung dakwaan mengaitkannya dengan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar, berakhir di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin.Ia selepas Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) dan dua pemimpinnya memohon maaf tanpa syarat serta membayar kos sebanyak RM100,000 terhadap Mashitah.Dua individu terbabit selaku defendan kedua dan ketiga ialah Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim, 47 dan Ketua Unit Pemerdagangan Manusia MHO, Azirul Syafiq Sazali, 31.Persetujuan itu direkodkan menerusi penghakiman persetujuan di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Anita Harun.Menerusi penghakiman berkenaan, Mashitah selaku plaintif dan tiga defendan bersetuju bahawa penyelesaian itu merupakan penyelesaian penuh dan muktamad terhadap tuntutan saman serta tuntutan balas dalam kes berkenaan.Berdasarkan penghakiman itu, semua defendan bersetuju memohon maaf dan tanpa syarat kepada Mashitah serta suaminya, Datuk Abdul Shakor Abu Bakar berhubung kenyataan yang diterbitkan pada 26 dan 28 Ogos serta 3 September 2024.Menerusi permohonan maaf tersebut, mereka mengakui melakukan kekhilafan apabila merujuk kepada kenyataan yang diterbitkan oleh Justice For Myanmar, Irrawaddy Post, Scoop.com serta laporan United States Institute of Peace (USIP) yang mengaitkan nama kedua-dua individu itu dengan isu pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran.Mereka turut mengakui penerbitan berkenaan di laman media sosial masing-masing telah mencemarkan nama baik, menjejaskan reputasi serta menyebabkan tekanan tidak wajar dan kerugian kepada plaintif.Selain itu, ketiga-tiga defendan bersetuju tidak lagi memuat naik, menerbitkan, menyiarkan atau berkongsi sebarang dakwaan atau tuduhan terhadap Mashitah berhubung isu berkenaan menerusi mana-mana medium.Mereka juga bersetuju tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan kes itu atau tuduhan terhadap plaintif selepas ini.Penghakiman persetujuan itu turut menetapkan ketiga-tiga defendan perlu membayar kos sebanyak RM100,000 kepada Mashitah.Dalam pada itu, defendan bersetuju menarik balik tuntutan balas terhadap plaintif tanpa kos.Mashitah memfailkan saman berkenaan pada 9 September 2024 menerusi Tetuan Akberdin & Co di Mahkamah Tinggi di sini.Dalam pernyataan tuntutannya, bekas Ahli Parlimen Baling itu mendakwa ketiga-tiga defendan menerbitkan dan menyebarkan beberapa klip video serta kenyataan media di Facebook yang mengaitkannya dengan sindiket pemerdagangan manusia berpusat di luar negara.Antaranya, klip video bertajuk 'Sidang Media Berkaitan Aduan Penglibatan Ahli Politik Malaysia di Dalam Sindiket Pemerdagangan Manusia Berpusat di Myanmar' yang dimuat naik pada 28 Ogos 2024.Mashitah turut mendakwa kenyataan berkenaan disusuli dengan satu lagi klip video yang mengaitkan bekas Timbalan Menteri itu dengan sebuah syarikat yang didakwa mempunyai hubungan de
Saman fitnah sindiket pemerdagangan manusia, MHO mohon maaf kepada Mashitah

Key takeaways
Kes saman fitnah terhadap Datuk Dr Mashitah Ibrahim berakhir dengan permohonan maaf dan bayaran RM100,000 daripada MHO.
- MHO dan dua pemimpinnya memohon maaf tanpa syarat kepada Mashitah dan suaminya.
- Mereka mengakui kenyataan mereka mencemarkan nama baik dan menyebabkan kerugian kepada Mashitah.
- Penghakiman persetujuan dibuat di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Isnin.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Kosmo
Story details
- Published
- By
- NOOR AZLIDA ALIMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Kes saman fitnah Rosmah: Peguam Harith Iskander mohon tarik diri
- Berita Harian Sindiket seludup manusia aktif ketika musim tengkujuh
- Sinar Harian Saman fitnah sindiket pemerdagangan manusia, MHO mohon maaf kepada Mashitah (this story)








