ALOR SETAR: Generasi muda di Kedah dipersiap dengan pelbagai program pembangunan sahsiah di peringkat remaja bagi membantu golongan itu pembentukan karakter, sahsiah dan jati diri supaya lebih berdaya tahan selain kompeten bagi mendepani cabaran dunia sebenar.
Ini kerana, golongan itu sering dipolemikkan atau dilabel sebagai generasi ‘strawberi’ yang dianggap lemah atau kurang mendapat perhatian oleh kerajaan.
Pengerusi Jawatankuasa Luar Bandar, Kemiskinan dan Pembangunan Insan Kedah, Datuk Siti Aishah Ghazali berkata, kerajaan negeri sedang melaksanakan program untuk pembangunan sahsiah di peringkat remaja.
“Kalau saya cakap orang marah. Tetapi kita di Kedah ingin melahirkan generasi ‘durian’ iaitu di luar berduri, kemas. Tetapi di dalam isinya sedap,” katanya menjawab pertanyaan daripada Salim Mahmood (PN-Bukit Lada) pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, di sini, hari ini.









