PETALING JAYA: Selepas 15 tahun menanti dan tidak pernah berputus asa, pelawak, Achey dan isterinya, Anne mengumumkan mereka akhirnya bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Berita gembira itu dikongsikan oleh isterinya menerusi hantaran di Instagram, selain berkongsi perjalanan mereka menantikan keputusan proses persenyawaan in-vitro (IVF) yang dijalaninya buat kali kedua, sejak September lalu.
Menurut Anne, perjalanan selama 15 tahun itu bukan sesuatu yang mudah, namun dia dan suami tidak pernah berhenti berdoa serta meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap ketentuan Allah SWT.
“Bukan sehari dua kami menunggu. Bukan setahun dua kami berharap. Tetapi selama 15 tahun, kami menyimpan impian yang sama.









