Putrajaya: Mahkamah Rayuan di sini, hari ini, mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan bahawa seorang suri rumah, yang ditinggalkan sejurus selepas dilahirkan sebelum diambil sebagai anak angkat, adalah warganegara Malaysia.
Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril berkata, wanita berusia 37 tahun itu telah memenuhi syarat pembuktian bagi mengesahkan bahawa beliau sememangnya seorang bayi yang ditinggalkan.
Beliau berkata, tiada bukti dikemukakan di mahkamah yang menunjukkan bahawa ibu kandung wanita itu bukan pemastautin tetap di Persekutuan atau di tempat bayi itu ditemui.
"Kami mendapati tiada asas untuk mengubah dapatan hakim Mahkamah Tinggi bahawa responden adalah seorang bayi yang ditinggalkan, seperti mengikut pengertian Seksyen 19B, Bahagian III, Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan," katanya.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FAnwarIbrahim1_789175.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

