Kuala Lumpur : Selepas 15 tahun menanti zuriat, pelawak, Achey dan isterinya, Nor Hasanah Yahaya atau Anne bakal menimang cahaya mata menerusi proses persenyawaan in vitro (IVF) yang dijalankan sejak September lalu.
Berita gembira itu dikongsikan Anne menerusi hantarannya di Instagram sambil meluahkan penantiannya selama 15 tahun itu bukanlah satu perjalanan yang mudah.
"Bukan sehari dua kami menunggu. Bukan setahun dua kami berharap. Tetapi selama 15 tahun, kami menyimpan impian yang sama.
"Ada doa yang tidak pernah putus walaupun berkali-kali diuji. Perjalanan ini bukan mudah, tetapi kami percaya setiap yang Allah aturkan pasti ada hikmahnya," tulisnya.










