Kuala Lumpur: Penjualan pelekat kenderaan eksklusif memaparkan lambang Istana Negara, status VVIP dan lencana agensi keselamatan secara terbuka di sebuah platform e-dagang kini mengundang polemik serta kebimbangan awam berhubung risiko keselamatan.
Tinjauan wartawan mendapati pautan e-dagang berkenaan secara terang-terangan mengiklankan produk pada harga serendah RM100.
Lebih mengejutkan, penjual yang sama didapati memuat naik pelbagai variasi pelekat kereta rasmi lain di bawah kategori ketibaan baharu.
Antara yang ditawarkan kepada umum termasuk 'Johor VVIP Istana Car Sticker' yang dipasarkan pada harga RM110, dan '2026 Malaysia Madani VIP Car Sticker' pada harga RM100, yang merekodkan jualan sebanyak 14 unit.








