PETALING JAYA – Pempengaruh dan pencipta kandungan, Isa Isarb berkongsi perjalanan bersama kumpulannya menemu bual penduduk termasuk petugas pemadaman api di Kalimantan, Indonesia, sebelum ditahan pihak berkuasa negara tersebut.
Menerusi video berdurasi dua jam 20 minit dimuat naik oleh Isa di laman YouTube semalam, dia berkongsi perjalanan ke Kalimantan dengan dibawa seorang pemandu atau ‘supir’, seterusnya menemu bual petugas pemadaman api di sana.
Dia kemudian diberi peluang menaiki jentera pihak pemadaman api dan pergi ke salah satu kawasan untuk melihat dengan lebih dekat kerja-kerja memadam kebakaran hutan tersebut.
“Memang mencabar lah padam kebakaran di sini, tak semudah kita sangka. Diorang bukan sengaja tak nak padam, memang susah. Ia merebak.









