KUALA PILAH – “Sejak zaman belajar, saya sudah menabung supaya boleh pergi uji bakat berlakon.”

Demikian perkongsian pelakon Nad Zainal yang mengakui perjalanan awalnya dalam industri seni bukanlah mudah apabila pernah berdepan kesempitan wang sehingga terpaksa bekerja sebagai penulis skrip demi meneruskan kelangsungan hidup.

Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 36, berkata, pengalaman itu dilaluinya selepas menamatkan pengajian apabila berdepan kesukaran mendapatkan peluang berlakon.

“Walaupun pensyarah saya membantah dan tidak membenarkan saya berlakon ketika belajar, saya tetap langgar peraturan. Apa pun yang berlaku, saya tetap mahu berlakon.