SANDAKAN – Polis menahan 11 lelaki bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan membabitkan dua kumpulan lelaki, dipercayai bersenjatakan senjata tajam di kawasan Pasar Bandar Ramai-Ramai, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner George Abd Rakman berkata, kesemua suspek berusia antara 15 hingga 46 tahun terdiri daripada lima warga tempatan dan enam warga Filipina, ditahan sepasukan pegawai serta anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan.

Beliau berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu menerusi talian kecemasan NG999 pada 7.36 malam semalam.

“Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara dua kumpulan lelaki, yang bermula kira-kira 12.30 tengah malam hari sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.