KUALA LUMPUR: Malaysia akan menerima empat helikopter jenis H225M CSAR menerusi Fasa 1 bagi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan sementara meriam artileri ringan 105 milimeter (mm) pula untuk Tentera Darat Malaysia (TDM).

Perolehan itu merupakan sebahagian daripada pengukuhan kerjasama pertahanan antara Malaysia dan Perancis hasil pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Emmanuel Marcron.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ia dibuat melalui penyerahan surat hasrat (LOI) oleh kerajaan kepada Airbus Helicopters menerusi kerjasama yang turut melibatkan program naik taraf kapal selam kelas Scorpène milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan sistem meriam artileri ringan.