KUALA LUMPUR: Syarikat induk Malaysia Airlines memberi tumpuan kepada pelan pertumbuhannya sendiri, termasuk peningkatan kapasiti operasi sebanyak lapan peratus yang dijangka pada 2027, ketika kerajaan sedang meneliti kemungkinan memberi sokongan kepada pesaingnya, AirAsia.
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Aviation Group (MAG), Kapten Nasaruddin A Bakar, minggu lalu memberitahu media tempatan bahawa tiada perbincangan rasmi diadakan dengan kerajaan berhubung kemungkinan mengambil alih bahagian pasaran domestik AirAsia atau pesawat syarikat penerbangan itu.
Dalam temu bual bersama Reuters pada Sabtu, Nasaruddin ditanya sama ada beliau menolak kemungkinan perbincangan tidak rasmi atau peringkat awal pernah berlangsung.









