Kuala Lumpur: Skuad Harimau Malaya menutup kempen antarabangsa bagi musim 2026 dengan nota kemenangan apabila berjaya melakar kemenangan 2-1 ke atas Yaman dalam aksi persahabatan Tier 1 di Stadium Zhaoqing New District Sports Centre, di Guangdong, China, hari ini.

Kemenangan itu nyata penting selepas Malaysia mengharungi 12 aksi kompetitif sepanjang tahun 2026 termasuk mengharungi kempen Kelayakan Piala Asia 2027, Piala AFF dan Piala ASEAN FIFA.

Dalam tempoh 11 bulan itu, skuad negara yang dikendalikan secara interim oleh Pengarah Teknikal Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe berjaya merekodkan enam kemenangan termasuk aksi ke atas Yaman hari ini.

Kejayaan itu sudah tentu memberi motivasi terbaik buat kem negara menjelang Kelayakan Piala Dunia 2030 dan Piala Asia 2032 yang akan berlangsung tahun hadapan, malah status Yaman yang layak beraksi di Piala Asia 2027 menunjukkan bahawa skuad Harimau Malaya masih memiliki kualiti setanding pasukan yang layak ke pusingan akhir itu.