HARIMAU Malaya menutup tirai kalendar antarabangsa 2026 dengan nota kemenangan selepas menewaskan Yemen 2-1 dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Zhaoqing New District Sports Center, Guangdong, China pada Selasa.Selepas tewas 0-2 kepada China dalam aksi persahabatan pertama Sabtu lalu, skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu tampil dengan persembahan lebih meyakinkan terutama menerusi penguasaan bola menyeluruh sepanjang perlawanan.Yemen yang berada di ranking ke-144 dunia pula terpaksa menghabiskan sebahagian besar perlawanan dengan bertahan bagi menyekat asakan Malaysia yang menghuni kedudukan ke-133 dunia.Pemain warisan negara, Richard Chin tampil menyerlah apabila meledak dua gol dalam perlawanan itu bermula dengan jaringan pembukaan seawal minit ketujuh.Beliau pantas menyambar bola berpunca hantaran Safwan Mazlan yang gagal ditangkap kemas penjaga gol Yemen, Abdullah Abdulhakim Hasan Mohamed Al-Sadi untuk mencipta gol pertamanya bersama skuad kebangsaan.Skuad negara terus mengasak menerusi beberapa percubaan berbahaya termasuk hantaran Ramadhan Saifullah, namun rembatan Endrick dos Santos berjaya diselamatkan Abdullah.Bersambung babak kedua, Harimau Malaya meneruskan dominasi permainan dengan beberapa percubaan ke arah gawang Yemen, termasuk menerusi Morales pada minit ke-55 yang bagaimanapun mudah ditangkap penjaga gol lawan.Dua minit kemudian, Richard sekali lagi menghukum kesilapan Abdullah yang gagal menangkap kemas bola untuk meledak gol kedua peribadinya pada minit ke-57.Yemen berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-78 menerusi Rauf Mohammed Al-Sheraji, namun tidak berupaya untuk mencari gol penyamaan sekali gus membolehkan Harimau Malaya menamatkan aksi antarabangsa terakhir tahun ini dengan kemenangan.
Dua gol Richard Chin bantu Harimau Malaya benam Yemen

Key takeaways
Harimau Malaya menewaskan Yemen 2-1 dalam perlawanan persahabatan di China, dengan Richard Chin menjaringkan dua gol, termasuk satu pada minit ketujuh dan satu lagi pada minit 57.
- Malaysia menang 2-1 selepas kalah 0-2 kepada China dalam perlawanan persahabatan sebelumnya
- Yemen, ranking ke-144 dunia, bermain secara bertahan sepanjang perlawanan
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Kosmo
Story details
- Published
- By
- WARTAWAN SUKAN SINAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Harian Metro Richard Chin calon utama ledak gol Harimau Malaya
- Utusan Malaysia China benam Harimau Malaya 2-0
- Sinar Harian Dua gol Richard Chin bantu Harimau Malaya benam Yemen (this story)
- Berita Harian Richard Chin ceriakan Harimau Malaya








