SHAH ALAM - Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan menempelak jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan di Dewan Rakyat pada Isnin.Mohd Sany ketika mencelah dalam sesi soal jawab kementerian mendakwa Ahmad bertindak secara tidak profesional ketika menjawab isu yang dibangkitkan."Jawapan semalam daripada timbalan menteri memang tidak ada nilai dan tidak ada harga."Syabas dan tahniah kita ucapkan kepada menteri yang menjawab soalan bagi pihak Kementerian Kerja Raya," katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.Sebelum ini, kekecohan tercetus ketika Ahmad menggulung perbahasan Belanjawan 2027 di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kerja Raya.Ahli Parlimen Pontian itu berkata, pemansuhan tol merupakan janji Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) tidak pernah membuat janji sedemikian.Ahmad kemudiannya membacakan pantun yang menyeru orang ramai menyokong BN dan Perikatan Nasional (PN) jika tidak mahu "kena kencing", iaitu ungkapan yang membawa maksud ditipu.Insiden itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang selain menjadi tumpuan perbahasan di Dewan Rakyat.
Sany Hamzan tempelak Ahmad Maslan, dakwa jawapan di Parlimen tiada nilai

Key takeaways
Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan, menuduh Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan, tidak profesional dan jawapan tidak bernilai semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat. Sany juga mengkritik perbahasan Belanjawan 2027 dan pantun Ahmad yang menyeru sokongan BN dan PN.
- Sany menilai jawapan Ahmad tidak bernilai dan tidak profesional.
- Ahmad terlibat dalam perbahasan Belanjawan 2027 dan membacakan pantun yang menyeru sokongan BN dan PN.
- Insiden ini mencetuskan reaksi pelbagai pihak di Dewan Rakyat.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- ROSKHOIRAH YAHYA
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Ahli parlimen PH cabar Ahmad Maslan letak jawatan menteri
- Sinar Harian Sany Hamzan tempelak Ahmad Maslan, dakwa jawapan di Parlimen tiada nilai (this story)








