TAPAH – Seorang anggota polis maut selepas tercampak keluar daripada sebuah van polis yang terbabas sebelum merempuh penghadang besi di Kilometer 352 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di sini pada Selasa.Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11.35 pagi ketika van jenis Maxus yang membawa 11 anggota polis termasuk pemandu sedang dalam perjalanan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak ke Melaka.Menurut beliau, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku selepas tayar belakang kiri van berkenaan pecah secara tiba-tiba."Keadaan itu menyebabkan pemandu hilang kawalan sebelum kenderaan terbabit melanggar penghadang besi di bahagian tengah lebuh raya."Akibat kemalangan itu, beberapa penumpang tercampak keluar daripada kenderaan. Seorang penumpang berusia 26 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala empat lagi mengalami kecederaan parah dan dibawa ke Hospital Slim River untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Mohd Alwi berkata, enam lagi mangsa mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Tapah untuk menerima rawatan.Menurut beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah di talian 05-401 1222.Katanya, maklumat juga boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Muhammad Najmuddin Zulkarnain menerusi talian 017-325 6140.Rakaman video kejadian itu turut dikongsikan oleh pengguna lebuh raya di media sosial yang memaparkan van berkenaan melintang di tengah jalan selepas kemalangan.
Van polis terbabas, anggota maut tercampak

Key takeaways
Sebuah van polis Maxus yang membawa 11 anggota terbalik selepas tayar belakang kiri pecah, menyebabkan seorang anggota berusia 26 tahun maut dan lima lain cedera parah, enam cedera ringan di Lebuhraya Utara‑Selatan km 352.
- Kemalangan berlaku sekitar 11.35 pagi, van melanggar penghadang besi setelah kehilangan kawalan.
- Seorang anggota 26 tahun meninggal di tempat, empat cedera parah dirujuk ke Hospital Slim River, enam cedera ringan ke Hospital Tapah.
- Polis meminta maklumat orang awam melalui talian 05-401 1222 atau 017-325 6140.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- SAIFULLAH AHMAD
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Anggota polis maut selepas jemput isteri pulang berniaga
- Sinar Harian Van polis terbabas, anggota maut tercampak (this story)








