SHAH ALAM - Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) mengemukakan lima tuntutan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh supaya menjelaskan keputusan meluluskan pembaharuan pajakan bagi tapak Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).Sekretariat Ahli Parlimen BN berkata, keputusan Jawatankuasa Tanah Wilayah Persekutuan yang membenarkan kadar premium nominal hanya RM1,000 merupakan tindakan mengejutkan dan sukar diterima akal."Kami menuntut pendedahan formula pengiraan rasmi, pekeliling, asas penilaian serta minit kelulusan yang membolehkan nilai RM4.67 juta dikurangkan kepada RM1,000 selepas perubahan kegunaan tanah daripada komersial kepada institusi."Kerjaaan perlu memberi jaminan tiada aktiviti komersial berorientasikan keuntungan menerusi penyewaan dewan dan ruang bangunan kepada pihak luar pada kadar komersial, selain memasukkan klausa menarik balik kelulusan sekiranya syarat dilanggar," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Sebelum ini Hannah yang juga Ahli Parlimen Segambut dilapor menjelaskan, kadar berkenaan mengambil kira persetujuan KLSCAH menukar status tanah kepada kegunaan institusi, sekali gus melepaskan potensi pembangunan komersial seperti kondominium dan pusat beli-belah.Menurutnya, penetapan premium tanah perlu mengambil kira syarat serta potensi kegunaan tanah berkenaan dan bukannya semata-mata berdasarkan nilai pembangunan komersial.Dalam pada itu, BN turut menuntut kerajaan membuktikan insentif sama diberi kepada pertubuhan kebajikan, rumah ibadat serta badan warisan kaum lain di Wilayah Persekutuan bagi mengelakkan layanan berbeza sekiranya status warisan dan institusi menjadi ukuran mutlak untuk mendapat kadar berkenaan."Kerajaan juga perlu menjelaskan rasional kelulusan tempoh pajakan maksimum 99 tahun sedangkan pajakan asal tapak itu masih berbaki lapan tahun, termasuk syarat penggunaan dan penyewaan serta mekanisme pemantauan pematuhan."Jelaskan maksud tanah yang dikatakan tidak lagi mempunyai nilai pembangunan komersial selepas ditukar kepada kegunaan institusi, termasuk asas penilaian rasmi yang digunakan bagi menetapkan premium RM1,000," ujarnya.BN menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi dalam soal integriti pengurusan aset dan hasil negara."Menteri bertanggungjawab mesti menjawab semua persoalan ini secara tuntas dan bersedia membentangkannya di Dewan Rakyat," katanya.
Premium tanah KLSCAH RM1,000: Ahli Parlimen BN kemuka lima tuntutan kepada Hannah

Key takeaways
Wakil rakyat BN menuntut Menteri Hannah Yeoh menjelaskan keputusan premium tanah KLSCAH hanya RM1,000, meminta pendedahan formula, pekeliling, dan jaminan tiada aktiviti komersial serta klausa penarikan balik.
- BN mengemukakan lima tuntutan kepada Hannah Yeoh mengenai premium tanah KLSCAH
- Minta pendedahan formula pengiraan, pekeliling, asas penilaian, dan minit kelulusan
- Tuntutan termasuk jaminan tiada sewa komersial, klausa penarikan balik, dan penjelasan insentif serta tempoh pajakan
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Free Malaysia Today
Story details
- Published
- By
- DIANA AZIS
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Status institusi punca premium tanah KLSCAH turun RM1,000
- Utusan Malaysia Kadar premium RM1,000 tanah KLSCAH sukar terima -Teo Kok Seong
- Free Malaysia Today Ahli Parlimen BN tuntut kerajaan dedah formula premium tanah RM1,000 KLSCAH
- Sinar Harian Premium tanah KLSCAH RM1,000: Ahli Parlimen BN kemuka lima tuntutan kepada Hannah (this story)








