Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh menjelaskan pengurangan premium diluluskan kerana perubahan status tanah KLSCAH menghalang pembangunan komersial seperti kondominium dan pusat beli-belah. (Gambar KLSCAH)KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menuntut kerajaan mendedahkan formula pengiraan dan minit kelulusan pengurangan premium tanah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) daripada anggaran RM4.67 juta kepada RM1,000.
Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib, mewakili sekretariat wakil rakyat BN berkata pengurangan bagi pembaharuan pajakan selama 99 tahun menimbulkan persoalan serius mengenai tatakelola dan hasil kerajaan.








