Sekurang-kurangnya empat lagi cedera selepas van polis dinaiki mereka terbabit kemalangan di KM351.7 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di Tapah.PETALING JAYA: Seorang anggota polis maut dan sekurang-kurangnya empat lagi cedera selepas van polis dinaiki mereka terbabit kemalangan di KM351.7 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di Tapah.
"Mayat dan mangsa cedera dalam kemalangan itu dibawa ke Hospital Tapah," kata Ketua Polis Tapah, Abdul Malik Hasim menurut Harian Metro.
Kemalangan itu dipercayai berlaku kira-kira 11.30 pagi tadi. Video nahas yang tular di media sosial menunjukkan van terbabit berada di bahu kiri jalan.
Difahamkan, van itu membawa 10 anggota polis, termasuk pemandu dari IPK Perak dan beberapa IPD.








