KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh perlu berhenti memberi jawapan sambil lewa dan segera tampil menjelaskan beberapa perkara utama berhubung keputusan kerajaan mengenakan premium tanah RM1,000 kepada Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib berkata, ia termasuk mendedahkan pekeliling, formula pengiraan rasmi dan asas penilaian yang membolehkan RM 4.67 menyusut menjadi RM 1,000 selepas kegunaan tanah ditukar daripada komersial kepada institusi.Menurutnya, ini kerana pengurangan drastik sebanyak 99.98 peratus daripada anggaran nilai asal menimbulkkan persoalan serius mengenai ketirisan hasil kerajaan di tengah-tengah ibu negara."Ketika rakyat biasa dan peniasa kecil ditekan dengan pelbagai cukai serta syarat ketat dalam urusan tanah, sebuah entiti di lokasi segi tiga emas di sini diberikan pajakan maksimum hampir satu abad pada harga yang tidak masuk akal."Penjelasan menteri dengan alasan penukaran status tanah kepada institusi dan pewartaaan bangunan warisan langsung tidak menjawab keresahan sebenar rakyat."Selain itu, emandangkan tapak tersebut telah diiktiraf sebagai aset Warisan Kebangsaan sejak 2007, mengapa kerajaan tidak membangunkannya secara kerjasama strategik sebagai hab pelancongan warisan dan kebudayaan nasional yang mampu menjana ekonomi serta memberi pulangan terus kepada rakyat berbanding menyerahkan pajakan penuh hampir satu abad kepada satu pihak dengan harga RM1,000," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Hannah Yeoh jawab isu premium tanah KLSCAH RM1,000'KLSCAH sudah berstatus warisan, hak pembangunan apa dilepaskan?' - Akmal SalehPremium tanah KLSCAH dilihat seperti percumaKLSCSH: RM4.67 juta jadi RM1,000, apa yang tidak kena?Pengurangan premium KLSCAH kepada RM1,000 tidak munasabah – Kok SeongRidhuan Tee persoal keistimewaan, premium tanah dewan perhimpunan turun kepada RM1,000Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Sekretariat Ahli Parlimen Barisan Nasional berhubung isu pajakan KLSCAH di abngunan Parlimen pada Selasa.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan mengenai kontroversi berhubung penetapan premium tanah RM1,000 kepada KLSCAH sebelum ini mencetuskan kritikan beberapa pemimpin politik dan aktivis yang mempersoalkan kewajaran pengurangan kadar berkenaan daripada anggaran asal RM4.67 juta.Antara perkara yang dibangkitkan ialah soal kesaksamaan pemberian pengurangan premium kepada institusi lain, selain persoalan sama ada kerajaan memberikan layanan berbeza kepada organisasi tertentu.Tambah Manndzri, menteri juga perlu memperjelaskan maksud tanah 'tiada nilai komersial'."Merujuk kenyataan menteri bahawa tanah KLSCAH tidak lagi mempunyai nilai pembangunan komersial selepas kegunaannya ditukar kepada institusi, adakah penjelasan tersebut hanya merujuk kepada sekatan pembangunan atau turut mencerminkan penilaian rasmi tanah berkenaan?"Kementerian mesti mengemukakan asas penilaian selepas perubahan kegunaan tanah serta me
Isu KLSCAH: Hannah perlu berhenti beri jawapan sambil lewa, segera dedah pekeliling RM4.67 susut jadi RM 1,000

Key takeaways
Menteri Hannah Yeoh diminta berhenti memberi jawapan sambil lewa dan menjelaskan keputusan kerajaan mengenakan premium tanah RM1,000 kepada KLSCAH, termasuk mengungkap pekeliling dan formula pengiraan yang mengurangkan nilai RM4.67 menjadi RM1,000.
- Hannah Yeoh diminta berhenti memberi jawapan sambil lewa dan menjelaskan keputusan premium tanah RM1,000 kepada KLSCAH.
- Manndzri Nasib menuntut penjelasan pekeliling, formula pengiraan, dan asas penilaian yang mengurangkan nilai RM4.67 menjadi RM1,000.
- Tapak tanah di lokasi segi tiga emas dianggap aset Warisan Kebangsaan sejak 2007 dan dipertanyakan mengenai pajakan hampir satu abad pada harga RM1,000.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- ROSKHOIRAH YAHYA
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Premium RM4.67 juta jadi RM1,000, Hannah pertahan diskaun buat KLSCAH
- Berita Harian Tanah KLSCAH sudah tiada nilai komersial - Hannah Yeoh
- Utusan Malaysia Premium RM1,000 KLSCAH bagi kekalkan bangunan warisan – Hannah
- Sinar Harian Isu KLSCAH: Hannah perlu berhenti beri jawapan sambil lewa, segera dedah pekeliling RM4.67 susut jadi RM 1,000 (this story)








