SHAH ALAM - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memacu pendigitalan perkhidmatan pemasaran bagi meningkatkan ketelusan rantaian bekalan agromakanan menerusi sistem iFAMA yang menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dalam satu platform digital.Inisiatif itu bukan sahaja memudahkan urusan pendaftaran orang-orang yang terlibat dalam pemprosesan dan pemasaran keluaran pertanian serta permohonan perkhidmatan, malah berpotensi membantu mengurangkan ruang manipulasi dalam rantaian bekalan melalui pengumpulan maklumat serta data lebih tersusun dan bersepadu.Pengarah Kanan (Risikan dan Pemodenan Pasaran) FAMA, Dr Shahiida Musa berkata, sebanyak 47 perkhidmatan kini boleh diakses menerusi sistem tersebut, sekali gus memudahkan urusan pemasar dan pemain industri mendapatkan kemudahan disediakan agensi itu.Menurutnya, iFAMA menggunakan konsep ‘Satu Akaun, Pelbagai Perkhidmatan’ yang membolehkan pengguna mengakses pelbagai kemudahan tanpa perlu membuat pendaftaran berasingan atau mengemukakan maklumat sama berulang kali."Melalui iFAMA, semua perkhidmatan disediakan FAMA dihimpunkan dalam satu platform. Pengguna boleh membuat pendaftaran, mengemukakan permohonan, menyemak status serta mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan."Ini memudahkan urusan pengguna kerana mereka tidak perlu lagi mengingati banyak kata laluan atau mengisi maklumat sama berulang kali," katanya.Beliau berkata demikian ketika program Interviu X Podcast Sinar Harian bertajuk ‘iFAMA: Pelbagai Perkhidmatan Pemasaran di Hujung Jari’ dihoskan Haizir Othman di Studio F, Karangkraf, di sini, pada Selasa.Shahiida berkata, perkhidmatan yang disediakan merangkumi beberapa jenis iaitu pasaran, produk, usahawan, outlet, infrastruktur, akreditasi dan lain-lain.Menurutnya, antara kemudahan ditawarkan termasuk penyertaan program pemasaran, kursus keusahawanan, permohonan berkaitan outlet serta penggunaan kemudahan infrastruktur FAMA.Katanya, sistem itu turut membantu agensi mengumpulkan maklumat pemasar secara lebih tersusun bagi membolehkan perancangan program dan penyampaian perkhidmatan dibuat berdasarkan keperluan sebenar pemain industri."Apabila data dikumpulkan dalam satu sistem, FAMA dapat mengenal pasti profil serta keperluan pemasar. Maklumat ini juga penting untuk meningkatkan ketelusan rantaian bekalan dan mengurangkan ruang berlakunya manipulasi," ujarnya lagi.Beliau berkata, setakat ini, seramai 1,178 pengguna telah berdaftar dengan iFAMA, manakala kira-kira 351 permohonan perkhidmatan diterima.Kata Shahiida, FAMA turut melaksanakan latihan dan pendekatan turun padang bagi membantu usahawan kurang mahir menggunakan kemudahan digital.Menurutnya, pembangunan sistem itu juga diteruskan menerusi perancangan penambahan kemudahan seperti chatbot bagi membantu pengguna mendapatkan maklumat, selain pembayaran dalam talian dan integrasi sistem bagi memudahkan urusan pada masa hadapan.Justeru, pengguna khususnya pemasar dan pemain industri agromakanan
iFAMA mudahkan urusan, kurangkan ruang manipulasi bekalan

Key takeaways
iFAMA memudahkan urusan pemasaran pertanian dengan satu akaun, mengakses 47 perkhidmatan digital, mengurangkan ruang manipulasi rantaian bekalan.
- FAMA digitalisasi perkhidmatan melalui iFAMA mengurangkan pendaftaran berasingan.
- 47 perkhidmatan kini boleh diakses dalam satu platform.
- Pengguna boleh mendaftar, memohon, semak status dan maklumat tanpa kata laluan berulang.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NURUL HIDAYAH HAMID
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
5 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Sinar Harian iFAMA mudahkan urusan, kurangkan ruang manipulasi bekalan (this story)








