KUALA LUMPUR: Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) sudah diwartakan sebagai Bangunan Warisan sejak awal 2007.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, mendakwa tanah itu tidak lagi mempunyai nilai komersial kerana tidak boleh dibangunkan bagi pembinaan kondominium atau pusat beli-belah.

Beliau berkata, kawasan tanah terbabit hanya boleh digunakan sebagai bangunan institusi dan warisan.

"Tempoh pajakan tanah masih berbaki lapan tahun ketika pihak pengurusan mengemukakan permohonan untuk mendapatkan pertimbangan kerajaan memandangkan bangunan itu berstatus warisan.