Kuala Lumpur: Jumlah mangsa banjir di tiga negeri menurun kepada 2,437 orang daripada 759 keluarga yang ditempatkan di 19 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 4 petang tadi.

Angka itu menurun berbanding 2,572 mangsa banjir daripada 777 keluarga di empat negeri yang ditempatkan di 23 PPS pada jam 8 pagi tadi.

Keadaan itu juga menunjukkan banjir di Pulau Pinang sudah pulih dengan negeri itu merekodkan 94 mangsa daripada 25 keluarga ditempatkan di satu PPS di Seberang Perai Selatan (Sungai Bakap), pagi tadi.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), empat negeri yang terjejas ialah Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Sarawak.